Ujian dan Sabar .

Assalamualaikum semua . Akak nak share tentang sabar harini . Moga bermanfaat sayang sayang semua !

SABAR .
Dah naik muak kan dengar perkataan ni?
Perlu ke sabar ? Nak buat apa sabar ?

Bila kita sedih ada masalah orang cakap sabar . Bila kita stress rasa down orang cakap sabar. Bila kita dah penat letih dengan dunia ni orang cakap sabar .
Bila ada orang buat jahat dengan kita orang cakap sabar .
Semuanya sabar , sabar , sabar .
Penat kan dengar benda sama .

Tapi kenapa ye sayang ?

Awak , sabar tu nampak mudah . Lagi lagi untuk orang yang bercakap tu . Mesti kita cakap , kau boleh la suruh aku sabar sebab kau tak duduk dekat tempat aku . Memang , memang orang lain tak akan faham apa kita rasa selagi tak duduk tempat kita . Tapi buat apa Allah hadirkan insan insan yang selalu sayang kita , kalau bukan untuk tolong kita hadapi masalah tu sama sama ?

Awak , kalaulah awak tahu ganjaran sabar yang Allah sediakan pasti awak tak kisah seberapa banyak ujian pun yang Allah nak bagi pada awak . Allah uji tanda sayang . Bukan macam manusia lagi sayang lagi dimanjakan . Lagi banyak ujian yang Allah timpakan pada kita, dan kita pulak bersabar dengan ujian tu . Allahuakbar lagi bertambahlah sayang Allah pada kita.

Ujian ni tak sama bagi semua orang . Ingat tu , ada orang ujian dia dari aspek pelajaran . Ada orang ujian dia dari hal hal kekeluargaan persahabatan . Ada jugak orang Allah uji dengan kemiskinan dengan kecacatan . Macam macan awak , banyak sangat ujian dan masalah dalam hidup ni . Awak , jangan awak rasa ujian awak yang paling besar yang paling teruk . Mungkin ada lagi orang yang ujiannya sampai dah tak nampak jalan keluar sampai dah tak ada peluang untuk selesai . Tapi , Allah kan ada . Dalam Quran ada cakap , Allah takkan kan membebani hambanya dengan apa yang dia tak mampu . Takkan awak tak percaya dengan janji Allah ? 

Allah akan selalu tolong kita , cuma kita yang memang kena sabar . Ye , akak ulang . Kita yang kena sabar . Mintak doa banyak banyak , solat dan yang penting sabar . Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah . Allah takkan tinggalkan kita selagi kita tak melangkah tinggalkan Dia . Allah ni dekat , bahkan tersangat dekat , lagi dekat dengan urat leher kita .

Jangan banyak merungut kenapa kita kenapa aku kenapa bukan dia ?
Awak , kita manusia . Kita makhluk Allah . Allah yang ciptakan kita . Dia tahu setakat mana kemampuan kita .

Jangan merungut bila ujian datang bertamu . Jangan mengalah bila usaha dah nampak buntu .
Jangan mengeluh bila orang tak datang bantu.
Jangan menyerah bila rasa hidup ni jemu .

Teruskan melangkah . Kalau awak cakap awak tak kuat takkan awak sampai ke tahap yang mana awak dah berada sekarang . Tu maknanya awak dah cukup kuat untuk bertahan . Cuma mungkin kadang kadang awak jatuh dan rebah . Tapi tak bermakna awak gagal . Bangkitlah . Mana tahu mungkin kebahagiaan hanya selangkah kehadapan? In shaa allah .
Allah dengar doa awak .
Qowiy lillahi taala !
Muhajadah demi tuhan .

Akak pun sedang berperang dengan ujian sekarang , so jom sama sama latih diri untuk sabar ye dan jangan lupa berdoa . Moga Allah kurniakan syurga buat kita semua . Assalamualaikum . Selamat malam .

Comments

Popular posts from this blog

K . A . W . A . N

Dunia VS Akhirat