K . A . W . A . N

Assalamualaikum . Lama bebenor dah akak tak update blog ni . Macam dah bersawang je . Rindu tak ? Hehe Allahurobbi, akak tak ada idea dan maybe tak ada masa jugak nak membebel . Alhamdulillah, akak ambik masa dalam bas ni jugak haaa nak membebel dekat adik akak ni semua . Mesti orang sebelah akak cakap akak semangat nau menaip kan ? Akak guna fon je tau . Fon yang selalu sangat hang ni . Sabor jelaa dik . Dah dah , stop.

Okay , kali akak nak cakap soal KAWAN . Haa, sebelum tu boleh bagitahu tak apa maksud kawan pada pandangan awak semua ? Sebab akak rasa masalah kita dekat dunia ni hari hari  banyak sangat berpunca dari kawan kawan kita je sebenarnya . Tak caye ? Cuba refresh balik . Apa orang tua tua cakap , terobekkkkk . Tapi tak la semua cuma kebanyakkan . Sebab akak pun rasa macam tu . Ohmaiiigod .

Kadang kadang pernah tak awak rasa sampai satu tahap awak dah tak boleh nak hadam perangai kawan kawan awak ? Pernah ? Pernah ke tak pernah ni ? Hahaha jawab sendiri lah eh , tak yah bagitahu akak pun . Sebab memang semua orang tak sudi bercakap ngan akak.

Memang ramai sangat orang dekat sekeliling kita, tapi yang betul betul boleh jadi kawan kita dan sahabat kita tu susah nak cari .

"Manusia memang suka meminta sesuatu yang berlebihan daripada manusia lain sedangkan diri sendiri pun tak mampu nak memberi walaupun cuma sedikit "

Faham tak apa maksud ayat akak?
Hmmm. Perasan tak kita selalu nak orang buat baik dekat kita tapi kita ada tak terfikir yang kita ni dah buat baik pada orang setakat mana dah ? Balik satgi, hang pi muhasabah sikit diri tu ye dik. Kalau nak buat baik dekat kawan pun kita fikir sampai 10 kali, lepastu kenkonon nak kawan appreciate kita sanjung kita buat baik dengan kita tu, awak jangan harap la ye dik .
Ya allah , bas ni dah macam roller coaster pun ade . Takpe , akak kental .

So ? Macam mana ? Dah ada rasa layak dipanggil kawan sejati ke ?

Kawan sejati ni bagi akak adalah orang yang faham kita , ada dengan kita dan tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam satu hubungan persahabatan tu . Faham kita maksudnya kalau perangai kita dah memang macam tu , dia kena la hormat . Tak perlu pun akak rasa nak membebel atau nak komen ke apa ke selagi apa yang dia buat tu tak bertentangan dengan syariat . Let it be herself .

Second , ada dengan kita .  But , bukan 24/7 ye ! Bukan . Jangan nanti bila awak dah jumpa kawan sejati awak tu , awak nak berkepit dengan dia 24 jam . Sebab akak rasa , setiap orang perlukan privasi masing masing . Cukup kau ada saat dia gembira dan yang paling penting saat dia susah . Cukup kau boleh buktikan yang kau boleh ada saat dia perlukan kau . Tu je . Bukan berkepit sana sini macam belangkas . Rimas wei . Tahu tak rimas tu macam mana ?

And last , tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam hubungan persahabatan . Dalam maksud ni, akak pun tak tahu nak explain macam mana . Hahaha . Okay , gini maksudnya . Dalam persahabatan ni kejujuran tu perlu dan ditambah sikit dengan keikhlasan . Selain tu tak perlu ada sikap suka terasa hati , bangga diri n paling penting suka merajuk . Tak perlu kau nak merajuk bila dia buat something yang kau expect lain tapi dia buat lain . Sebab dia tak tahu apa yang kau nak pun sebenarnya ? Kawan bukan Allah boleh baca hati manusia . Akak sangat la tak suka orang suka merajuk lagi lagi benda remeh temeh ni . Come on la , dah 2015 kot . Bukaklah sikit minda tu . Kalau kawan awak merajuk cakap je camni terus ,

"Aku takde masa nak layan rajuk kau yang ntah
apa apa tu "

Baru kena sikit kat hati dia . Maaf , akak teremosi lebih pulak pepagi buta ni .
Setakat ni je kot pasal entri kali ni , eh jap jap,  last pesanan la dari akak .

Hidup ni bukan kita je nak bahagia . Semua orang nak bahagia , sebab bahagia tu perlu . Jadi , kita pandai pandai la bahagi bahagikan kebahagiaan pada orang lain dan in shaa allah kebaikan jugak akan datang balik pada kita. Tak semua orang dalam dunia ni boleh jadi kawan kita, yang masih ada kau jaga dan simpan betul betul . Yang dah pergi , biarkan pergi sebab dia tak layak untuk kau . Ingat tu je , kawan lillahi taala . Semua perkara kalau buat sebab Allah percayalah kita akan jumpa kebahagiaan tu .

Akak nak tido . Dah 2.30 pagi !
Assalamualaikum dan akak mintak maaf kalau ada kata kata yang agak kasar ye . Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian dan Sabar .

Dunia VS Akhirat