Soal jodoh yang baik ?
Untuk kamu , untuk kita
lelaki dan perempuan .
Bila cakap soal cinta
Bila cakap soal pasangan hidup
Kita tahu kita mahu yang terbaik kita tahu kita mahu yang soleh yang solehah
Kita tahu kita mahu yang perfect 10
Tapi apa yang kita bagi?
Yang lelaki mahu perempuan yang jaga ikhtilat , tapi diri sendiri ada begitu? Siang malam pagi petang dengan handphone berchattg benda lagha dengan perempuan . Perempuan datang semua kau sapu . Nak dapat yang jaga ikhtilat ? MIMPI.
Yang perempuan mahu lelaki yang jaga pandangan , tapi diri sendiri ada begitu? Fanatik dengan mamat mamat korea mahupun artis malaysia sendri . Gambar penuh handphone jadikan wallpaper lagi tuh . Nak lelaki jaga pandangan ? MIMPI .
Kadang kadang kita terlalu inginkan sesuatu daripada orang lain sampai kita lupa yang kita kena buat sesuatu itu untuk kita dulu. Bukan hanya bermimpi disiang hari .
Nak lelaki hormat ibu bapa kita dulu hormat ibu bapa kita .
Nak perempuan jaga aurat kita dulu jaga aurat kita .
Nak lelaki yang beragama kita dulu belajar agama .
Nak perempuan yang solehah kita dulu jadi soleh .
Nak lelaki yang tak gatal tak miang kita dulu jaga maruah .
Nak perempuan yang tak gedik kita dulu bina benteng dengan perempuan gedik .
Nak lelaki yang bertanggungjawab kita laksanakan tanggungjawab kita sesempurnanya dulu .
Senang kan ? Tak susah kalau kita nak .
Ingat satu je .
Orang beriman tak suka bagi banyak alasan.
Kita buat baik in shaa allah yang datang pasti baik .Janji Allah itu pasti .
Moga moga akak , kamu dan kita semua diberi hidayah untuk berhijrah dan diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam penghijrahan .
Wallahualam .
Comments
Post a Comment