Dakwah Ke ?
Assalamualaikum semua . Tak berhabuk lagi kan blog akak ni ? hehehe Entah la, akak kekurangan idea sikit sejak akhir akhir ni . Niat nak menulis tu selalu je ada tapi Allah , kosong . Dah beberapa kali jugak bukak blog niat nak menulis tapi last last takde idea jugak . Kali ni akak mengaku still lagi tak ada idea penuh dalam kepala ni tapi akak gigih nak menulis jugak sebab akak rindu ! In shaa allah , akak usahakan perah otak gunakan akal kurniaan ilahi ni . Sebelum tu akak nak pesan awal awal , kalau ada apa apa yang nampak macam mengarut nanti , sila abaikan ye . hahaha Okay , dah dah . Agak-agak tajuk apa akak nak bualkan eh untuk entry kali nih ? Akak nak sentuh mengenai DAKWAH .
Nampak biasa je kan ? Dakwah .
Eleh , macam takde tajuk lain la akak ni . Sabar , akak bukan nak cakap pasal apa itu dakwah , cara cara berdakwah , kenapa kita perlu berdakwah , bukan bukan . Akak nak sentuh perkara yang orang pandang remeh bila berdakwah yang akak tengok ramai sangat ostaz ostajah yang terlepas pandang .
Macam mana pulak tu? Meh akak cerita .
Zaman sekarang berlambak kan kita tengok ustaz ustazah lelaki soleh perempuan solehah serbanis niqabis dan macam macam lagi lah golongan golongan alim yang menyebarkan dakwah di alam realiti mahupun alam maya . Post mereka yang islamik yang sentap yang menusuk kalbu , yang berjaya menarik hati hati yang lalai . Masha allah ! Akak kagum . Moga kita semua dipilih oleh Allah untuk jadi seperti mereka .
Diriwayatkan dari Jabir berkata ,
”Rasulullah saw bersabda : Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)
Berbalik pada tajuk kita, apa yang terlepas pandang ? Perasan tak kebanyakkan mereka tidak mengambil berat mengenai IKHTILAT (Pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi).
Akak harap semua faham apa maksud ikhtilat secara keseluruhanya ya . Kalau belum , takpe in shaa allah diakhir entry ni akak sertakan link Ustaz Adnin berceloteh mengenai ikhtilat .
Kenapa akak kata mereka tidak mengambil berat mengenai ikhtilat ? Iyelah , cuba lihat segelintir muslimin muslimin sekarang sibuk berdakwah kepada muslimat . Muslimat pulak sibuk mencari muslimin untuk ditarbiahkan . Kenapa perlu untuk berdakwah berlainan jantina sedangkan yang sejantina dengan kita pun masih ramai yang perlu dibimbing ?
Muslimin berwassup dengan muslimat kononnya berpesan pesan kepada kebaikan ,
Bertukar tukar pendapat dan berkongsi hadis hadis dalam media sosial ,
Ada jugak yang create group usrah yang bercampur muslimin dan muslimat ,
Muslimat mintak nasihat agama daripada muslimin ,
Buat usrah di luar bersama berlainan jantina ,
Menyelesaian permasalahan agama diantara muslimin dan muslimat ,
Allahuakbar , kenapa jalan agama yang engkau kotori ? Sesungguhnya niat tak kan pernah menghalalkan cara . Jalan agama itu suci , tapi nafsu manusia selalu mengotorinya .
Jangan guna alasan dakwah ,
Jangan guna alasan ukhwah .
Jangan guna alasan best friend .
Jangan guna alasan kawan .
Ramai lagi mereka yang sejantina dengan kita yang boleh kita tarbiahkan atau minta untuk ditarbiah .
Carilah yang sama jantina , jaga ikhtilat ! Ingat , syaitan takkan pernah jemu untuk rosakkan iman kita . Tapi kenapa kita mudah sangat untuk membuka jalan pada mereka ?
Jalan zina itu ada 7 :
“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!”
Maka jauhilah 7 jalan zina ini . Walau atas dasar dakwah sekalipun . Apa salahnya , berdakwah sesama ahli keluarga , sesama rakan sebilik dan sesama rakan sejantina . Tu baru namanya ukhwah lillah . Sama sama nasihat menasihati untuk mendapat redha ilahi . Akak bukan apa ,cuma akak sedih sebab niat tu dah elok nak dakwah tapi cara tu yang salah . Sebab tu kita kena ada ilmu dalam berdakwah , supaya dakwah kita ini diredhai oleh Allah dan menjadi satu jalan untuk kita ke Syurga-Nya . Jangan sebab dakwah kita ketepikan syariat . Akak harap awak awak semua faham la ye apa yang akak nak sampaikan untuk entry kali ni .Moga bermanfaat ! Assalamualaikum .
Link untuk sesiapa yang belum faham mengenai ikhtilat . Tengok dan fahami !
Comments
Post a Comment