Cuba dulu .
Assalamualaikum .
Angan angan nak buat blog ni dah lama sebenarnya tapi entah . Tak ada usaha untuk itu . Minggu lepas ada bersembang dengan abah , kata nak buat blog las las kene bebel . Eh , kena bebel bukan sebab nak buat blog tapi kena bebel sebab dah kali ke 150 juta dah bagitahu abah tapi tak buat buat . Haha kannn dah kena . So , lastly akak buat jugak atas rasa bersalah pada abah . Ni la haaa blog nya .
Nama bukan akak puisi ni dah lama akak simpan . Kenapa nama ni ? Sebab akak tengok ramai sekarang gadis gadis or akak akak luar sana yang pandai giler berpuisi . Hakak zine ramai mana kat luar tu. Tapi tu lah tu diorang bukan akak . Jadi sesuai la nama ni untuk akak . Heh .
Akak tak pandai berpuisi ni , hati keras sikit !
Akak buat blog ni jugak sebab akak suka share cerita share apa apa yang ak tahu dengan orang luar so ini mungkin medium terbaik in shaa allah untuk share apa apa ilmu kan . One more thing akak pun suka membebel . Cuma bebelan tu tak de la mengarut . Satu lagi akak tak de la berangan nak jadi macam acah acah hanis zalikha yang dah meleteop kebabom sekarang . Tu dah macam angan angan tunggu jodoh turun dari planet pluto !
In shaa allah akan akan share sedikit sebanyak ilmu yang akak tahu. Dah malas nak membaca macam mana nak menulis kan . So kena tingkatkan pembacaan dulu la baru boleh nak.update blog lagi ye dak. Kalau setakat ada blog nak kongsi pasal air soya beli kat mana , yong tau fu beli semalam basi , roti berkulat sebab habis tarikh , rasanya tak payah la eh .
Okay , apa apa tunggu akak update .
Tak ada idea nak menulis lagi .
Bye !
Comments
Post a Comment