Takdir mendahului kehendak hati

Assalamualaikum . Entry kali ni akak nak cakap pasal jodoh . Haa, baca betol betol . Jangan nak suka suka baca je hokay . So, haritu akak ada tengok satu rancangan tv , macam forum perdana la ada ustaz ustazah yang hebat hebat tu . Tiba pada sesi tanya soalan ada lah seorang hamba Allah ni tanya pada ustazah, dia tanya kenapa bila kita dah baik tapi bila dapat jodoh kadang kadang kita tak dapat pun yang sempurna?

Maksud dia , dia dah cuba berhijrah dan ubah diri dia ke arah kebaikan tapi bila bab jodoh yang datang pada dia pasti yang kurang agamanya atau mungkin yang tidak sempurna di mata dia . Jadi dimana perkaitannya dengan firman Allah dalam al-quran yang berbunyi ;

"Perempuan yang baik hanya untuk laki laki yang baik dah laki laki yang baik hanya untuk perempuan yang baik "

Jadi mungkin laa hamba allah tu dah lama berfikir pasal perkara ni kot . Akak sangat sangat tertarik dengan jawapan ustazah . Memang kita dah baiki diri kita sesempurna mungkin tapi akhirnya kita dapat  jodoh yang masih ada kekuranganya. Kita masih dapat yang 'kurang' agamanya . kenapa?

Kata ustazah kerana kita ni manusia . Macam mana kita nak dapat yang sempurna kalau hakikatnya diri sendiri pun masih tak sempurna . Perkara jodoh itu bukan masing masing mencari yang sempurna tapi dua dua saling menyempurnakan sesama sendiri bukan .

Ketahuilah bahawa takdir mendahului kehendak hati . Sekuat mana pun kemahuan kita mahukan yang terbaik dalam berpasangan tapi kalau sia dia yang kurang sempurna  itu jodoh kita , itulah namanya takdir .
Dan itulah yang terbaik dari Allah untuk kita dan pasti ada hikmah disebalik semua yang Allah tetapkan .

Mungkin hari kita bernikah itu pasangan kita kurang ilmu agamanya tapi itulah tugas kita saling belajar saling mencari dan saling menambah ilmu . Manusia itu boleh berubah , dan pada akhirnya kita dapat juga pasangan yang kita impikan tapi dengan cara saling melengkapi antara satu sama lain kearah menjadi keluarga yang dirahmati Allah . Konon dalam bahasa arab ' baiti jannati ' . Eh betol ke ? Ntah laa , akak dah lama tinggal bahasa arab ni .

Jodoh tu adalah cerminan diri kita . Kalau kita baik in shaa allah baiklah jodoh yang datang pada kita . Tapi percaturan Allah itu hebat , orang yang tak baik pada mulanya bukan bermaksud dia jahat untuk selamanya. Siapa tahu allah tiupkan hidayah pada dia selepas bernikah dengan kita ? Sweetkan bila sama sama dapat belajar ilmu agama . Hikmah Allah ni kadang kadang tak terlintas pun di fikiran kita . Sebab tu kita kena selalu bersangka baik pada Allah . Ingat tu .

Jadi kesimpulan dia , akak bila la nak dapat jodoh !  Nasib baik akak muda lagi . Orang kata sweet nineteen lagi . Moga moga kita semua dapat jodoh yang baik baik ya . Aminnnn .
Okaylah . Akak nak pergi cari jodoh ni , mak cakap jodoh tu tak datang bergolek dik oiiii . Kehkehkeh

Comments

Popular posts from this blog

Ujian dan Sabar .

K . A . W . A . N

Dunia VS Akhirat