Posts

Showing posts from 2015

Ujian dan Sabar .

Image
Assalamualaikum semua . Akak nak share tentang sabar harini . Moga bermanfaat sayang sayang semua ! SABAR . Dah naik muak kan dengar perkataan ni? Perlu ke sabar ? Nak buat apa sabar ? Bila kita sedih ada masalah orang cakap sabar . Bila kita stress rasa down orang cakap sabar. Bila kita dah penat letih dengan dunia ni orang cakap sabar . Bila ada orang buat jahat dengan kita orang cakap sabar . Semuanya sabar , sabar , sabar . Penat kan dengar benda sama . Tapi kenapa ye sayang ? Awak , sabar tu nampak mudah . Lagi lagi untuk orang yang bercakap tu . Mesti kita cakap , kau boleh la suruh aku sabar sebab kau tak duduk dekat tempat aku . Memang , memang orang lain tak akan faham apa kita rasa selagi tak duduk tempat kita . Tapi buat apa Allah hadirkan insan insan yang selalu sayang kita , kalau bukan untuk tolong kita hadapi masalah tu sama sama ? Awak , kalaulah awak tahu ganjaran sabar yang Allah sediakan pasti awak tak kisah seberapa banyak ujian pun yang Allah nak bagi p...

K . A . W . A . N

Image
Assalamualaikum . Lama bebenor dah akak tak update blog ni . Macam dah bersawang je . Rindu tak ? Hehe Allahurobbi, akak tak ada idea dan maybe tak ada masa jugak nak membebel . Alhamdulillah, akak ambik masa dalam bas ni jugak haaa nak membebel dekat adik akak ni semua . Mesti orang sebelah akak cakap akak semangat nau menaip kan ? Akak guna fon je tau . Fon yang selalu sangat hang ni . Sabor jelaa dik . Dah dah , stop. Okay , kali akak nak cakap soal KAWAN . Haa, sebelum tu boleh bagitahu tak apa maksud kawan pada pandangan awak semua ? Sebab akak rasa masalah kita dekat dunia ni hari hari  banyak sangat berpunca dari kawan kawan kita je sebenarnya . Tak caye ? Cuba refresh balik . Apa orang tua tua cakap , terobekkkkk . Tapi tak la semua cuma kebanyakkan . Sebab akak pun rasa macam tu . Ohmaiiigod . Kadang kadang pernah tak awak rasa sampai satu tahap awak dah tak boleh nak hadam perangai kawan kawan awak ? Pernah ? Pernah ke tak pernah ni ? Hahaha jawab sendiri lah eh , tak ...

Soal jodoh yang baik ?

Untuk kamu , untuk kita lelaki dan perempuan . Bila cakap soal cinta Bila cakap soal pasangan hidup Kita tahu kita mahu yang terbaik kita tahu kita mahu yang soleh yang solehah Kita tahu kita mahu yang perfect 10 Tapi apa yang kita bagi? Yang lelaki mahu perempuan yang jaga ikhtilat , tapi diri sendiri ada begitu? Siang malam pagi petang dengan handphone berchattg benda lagha dengan perempuan . Perempuan datang semua kau sapu . Nak dapat yang jaga ikhtilat ? MIMPI . Yang perempuan mahu lelaki yang jaga pandangan , tapi diri sendiri ada begitu? Fanatik dengan mamat mamat korea mahupun artis malaysia sendri . Gambar penuh handphone jadikan wallpaper lagi tuh . Nak lelaki jaga pandangan ? MIMPI . Kadang kadang kita terlalu inginkan sesuatu daripada orang lain sampai kita lupa yang kita kena buat sesuatu itu untuk kita dulu. Bukan hanya bermimpi disiang hari . Nak lelaki hormat ibu bapa kita dulu hormat ibu bapa kita . Nak perempuan jaga aurat kita dulu jaga aurat kita . Nak l...

Takdir mendahului kehendak hati

Assalamualaikum . Entry kali ni akak nak cakap pasal jodoh . Haa, baca betol betol . Jangan nak suka suka baca je hokay . So, haritu akak ada tengok satu rancangan tv , macam forum perdana la ada ustaz ustazah yang hebat hebat tu . Tiba pada sesi tanya soalan ada lah seorang hamba Allah ni tanya pada ustazah, dia tanya kenapa bila kita dah baik tapi bila dapat jodoh kadang kadang kita tak dapat pun yang sempurna? Maksud dia , dia dah cuba berhijrah dan ubah diri dia ke arah kebaikan tapi bila bab jodoh yang datang pada dia pasti yang kurang agamanya atau mungkin yang tidak sempurna di mata dia . Jadi dimana perkaitannya dengan firman Allah dalam al-quran yang berbunyi ; "Perempuan yang baik hanya untuk laki laki yang baik dah laki laki yang baik hanya untuk perempuan yang baik " Jadi mungkin laa hamba allah tu dah lama berfikir pasal perkara ni kot . Akak sangat sangat tertarik dengan jawapan ustazah . Memang kita dah baiki diri kita sesempurna mungkin tapi akhirnya kita d...

Mentaliti Sedara Mara

Assalamualaikum . Haaa, korang semua dah habis beraya? Akak tak raya sakan pun tahun ni , sebab asyik jem je jalan nak pegi beraya . Maklumlah rakyat Malaysia sekarang semua dah kaya kaya semua dah mampu beli kereta. Apa apa pun masih belum terlambat akak nak ucap Selamat Hari Raya ye! Nama pun raya mestilah semua berkumpul ramai ramai kan? Tak kira lah kat kampung ke kat mana mana mesti penuh rumah . Sepupu sepapat sedara mare yang dah bertahun tak jumpa pun ada maybe ade yang bru balik dari luar negara ke....so, masa ni lah boleh kenal perangai masing masing . Pergh . Banyak ragam mak aiii . Sabar aje lah . Tapi tu lah , kadang kadang manusia ni bukan kita boleh predict pun macam mana dia tahun ni tahun depan dan tahun tahun kehadapan . Mungkin tahun ni senyap ntah tiba tiba jumpa tahun depan banyak pulak mulut dia. Sebab tu akak bagi tajuk mentaliti sedara mara . Kalau mentaliti masyarakat hmmm agaknya sampai raya tahun depan pun tak habis lagi al kesahnya . Firstly, kalau kita...

Dunia VS Akhirat

Assalamualaikum . Cliche kan tajuk entry ni? Boring betul akak ni . Eh , kejap kejap . Baca la dulu isi dia . In shaa allah ada manfaatnya . Cliche cliche pon disebabkan Dunia ni lah ramai manusia yang lupa pasal Akhirat . Kadang kadang bukan saja lupa tapi tinggalkan terus akhirat . Padahal mereka kebanyakkannya tahu bahawa tiada kehidupan yang kekal abadi melainkan kehidupan akhirat .Pelik bukan sikap kita ? Sudah tahu tapi masih tak malu membuat alasan . Akak ada terbaca satu ayat ,   " Manusia mati pada umur 25 tahun tapi mereka akan ditanam pada umur 70 tahun " Makan dalam lah sikit kan . Memang betul  , kita selalu fikir yang mati tu hanya untuk orang orang tua . Mati tu hanya untuk orang orang yang berumur 60 , 70 tahun . Tanpa kita sedar padahal hati kita dah lama mati cuma jasad aje yang masih segar . Tuhan selalu bagi peluang untuk kita bertaubat tapi kita tak ambik peluang tu . Kita selalu sia siakan dengan bermacam macam alasan . Orang yang beriman ni dia tak...

Cuba dulu .

Assalamualaikum . Angan angan nak buat blog ni dah lama sebenarnya tapi entah . Tak ada usaha untuk itu . Minggu lepas ada bersembang dengan abah , kata nak buat blog las las kene bebel . Eh , kena bebel bukan sebab nak buat blog tapi kena bebel sebab dah kali ke 150 juta dah bagitahu abah tapi tak buat buat . Haha kannn dah kena . So , lastly akak buat jugak atas rasa bersalah pada abah . Ni la haaa blog nya . Nama bukan akak puisi ni dah lama akak simpan . Kenapa nama ni ? Sebab akak tengok ramai sekarang gadis gadis or akak akak luar sana yang pandai giler berpuisi . Hakak zine ramai mana kat luar tu. Tapi tu lah tu diorang bukan akak . Jadi sesuai la nama ni untuk akak . Heh . Akak tak pandai berpuisi ni , hati keras sikit ! Akak buat blog ni jugak sebab akak suka share cerita share apa apa yang ak tahu dengan orang luar so ini mungkin medium terbaik in shaa allah untuk share apa apa ilmu kan . One more thing akak pun suka membebel . Cuma bebelan tu tak de la mengarut . Satu la...